google.com, pub-4205017182683821, DIRECT, f08c47fec0942fa0

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

 

Warganegara Malaysia adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan sebagaimana di bawah. Keutamaan akan diberi kepada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut.

BIL

JAWATAN

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN

GRED

TARAF JAWATAN

1.

Arkitek

Kejuteraan

J41

Kontrak

2. Penolong Pegawai Penilaian Kewangan W29 Tetap
3. Pembantu Penguatkuasa Keselamatan dan Pertahanan Awam  KP19 Kontrak
4. Pembantu Operasi Pentadbiran & Sokongan N11 Tetap
5. Pembantu Awam Kemahiran  H11 Tetap/Kontrak

Untuk permohonan sila muat turun dokumen berikut: 

[Iklan Kekosongan Jawatan]
[Borang Permohonan Kekosongan Jawatan]

 

CARA MEMOHON : 

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MBJB/BSM/2014/1 yang boleh didapati daripada Bahagian Sumber Manusia, Tingkat 8, Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru ATAU pemohon boleh muat turun borang permohonan daripada laman web Majlis Bandaraya Johor Bahru di alamat www.mbjb.gov.my. 

(b) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ Bil.17 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun 2005 dan memastikan Laporan Penilaian Prestasi dan Penyata Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama-sama. 

(c) Tarikh tutup permohonan ialah pada 23 NOVEMBER 2023 

(d) Semua permohonan yang dikemukakan hendaklah disertakan dokumendokumen sebagaimana berikut dan telah diakui SAH :- 

(i) salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); 

(ii) salinan Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR); 

(iii) salinan transkrip pengajian; 

(iv) salinan sijil Diploma/Ijazah; 

(v) salinan semakan Pengiktirafan Kelayakan dari JPA melalui laman web interaktif http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm (Sijil / Diploma / Ijazah); 

(vi) salinan sijil/dokumen akademik dan lain-lain yang berkaitan; 

(vii) salinan Lesen Kelas Memandu; 

(viii) salinan kad pengenalan; 

(ix) salinan sijil kelahiran; dan 

(x) gambar berukuran pasport terbaru. dan hendaklah diakui sah serta alamatkan kepada

DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU 

MENARA MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU 

NO. 1, JALAN LINGKARAN DALAM BUKIT SENYUM 80300 JOHOR BAHRU

 

 (e) Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Majlis Bandaraya Johor Bahru di alamat www.mbjb.gov.my. 

Jawtan Kosong


 

No comments:

Post a Comment