Wednesday, October 28, 2026

PELUANG KERJAYA: JAWATAN PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S1

Post oleh : cari kerja johor | Rilis : October 28, 2026 | Series :

 


PELUANG KERJAYA: JAWATAN PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S1 (CONTRACT OF SERVICE) – JAKIM

🌟 Jom Sertai Kami sebagai Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA)!

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bagi perkhidmatan Contract of Service.

  • Kekosongan: 7

  • Penempatan: Pahang, Kelantan, Johor, dan Negeri Sembilan

📋 Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab kepada Bahagian Dakwah, JAKIM dalam membantu Ketua Penyelaras dan Penyelaras PMOA Negeri untuk melaksanakan program, aktiviti, khidmat nasihat, kebajikan, serta urusan Orang Asli Islam dan bukan Islam.

🎯 Keutamaan Permohonan

  • Pemohon adalah lepasan sekolah aliran agama.

  • Sanggup bertugas di kawasan pedalaman mengikut negeri yang ditetapkan.

  • Mempunyai lesen memandu sekurang-kurangnya kelas B2/D.

  • Masyarakat Orang Asli yang mempunyai dan memenuhi syarat kelayakan sangat digalakkan memohon.

  • Boleh berinteraksi dalam bahasa sukuan Orang Asli.

⏳ Tarikh Tutup Permohonan

📅 10 November 2026 (Selasa), jam 11.59 Malam

🔗 Cara Memohon

Sila layari laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) melalui pautan di bawah untuk maklumat syarat kelayakan dan permohonan: 👉 http://spa9.spa.gov.my

google+

linkedin